Slip Disc Bahagian 3 - Terapi Fizikal 1

9:30:00 AM


Terapi fizikal memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan slip disc. Fizikal terapi ini bukan sahaja dapat mengurangkan sakit, malah penting supaya kita dapat belajar cara untuk kita dapat mengelakan kecederaan yang lebih serius.

Ada pelbagai kaedah fizikal terapi.

1. Deep tissue Massage:


Ada lebih dari 100 jenis urutan, tetapi urutan deep tissue ini adalah satu rawatan ideal jika anda ada masalah slip disc kerana ia menggunakan tekanan yang kuat bagi melegakan tisu dalam badan yang tegang dan kejang.

2. Terapi panas dan sejuk:


Kedua-dua terapi panas dan sejuk dapat memberikan kesan yang baik, dan terapist anda akan menggunakan kedua-dua terapi ini bersilih ganti bagi memperolehi kesan yang terbaik.

Terapist akan menggunakan haba untuk meningkatkan peredaran darah ke tempat slip disc. Darah dapat membantu untuk merawat kawasan slip disc dengan menghantar oksigen dan nutrisi yang diperlukan.

Berlawanan dengan terapi panas, terapi sejuk (atau juga dipanggil cryotheraphy) melambatkan peredaran darah. Ini bertujuan untuk mengurangkan inflammation, muscle spasm dan kesakitan. Terapi sejuk boleh di lakukan dengan meletakkan pek ice di tempat slip disc, atau dengan menggunakan spray yang dikenali sebagai fluoromethane.

Bersambung.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts