Cara Perbaiki Postur badan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu.
2:11:00 PMSalam semua.
Kebanyakan orang yang mengalami sakit belakang adalah disebabkan dari kerja yang mereka lakukan seharian.
Nature kerja mereka memerlukan mereka untuk:
1. Duduk dalam masa yang lama.
2. Berdiri dalam masa yang lama.
3. Kerap mengangkat barang yang berat.
Jika anda kerap melakukan salah satu dari perkara di atas, anda juga berisiko untuk dapat sakit belakang.
Jadi, untuk mengelakan anda dari mengalami sakit belakang, adalah penting untuk anda mengekalkan posture badan yang betul semasa melakukan aktiviti tersebut.
Saya ingin berkongsi tentang cara duduk, berdiri dan mengangkat barang berat dengan posture yang betul bagi mengelakan belakag anda sakit.
1. Duduk:
Cara duduk yang betul adalah dengan merapatkan pinggul dan bahagian belakang badan sepenuhnya kepada penyandar kerusi. Ini boleh membantu mengurangkan bebanan atau tekanan kepada cakera tulang belakang.
Ketinggian kerusi juga penting agar anda tidak perlu membongkok atau menggelongsor ke bawah semasa duduk.
Bagi anda yang kerap memandu pula, posture yang tepat adalah dengan duduk tegak dan selaraskan tempat duduk ke hadapan sehingga pinggang berada di ketinggian yang sama dengan lutut anda. Anda juga boleh dapatkan penyokong belakang khas yang diletakkan di kerusi kereta seperti dalam gambar di bawah:
Penyokong belakang untuk kerusi kereta. |
Pemanduan yang terlalu lama sama sekali tidak digalakkan kerana tulang belakang akan merasai tekanan yang amat kuat.
Selain itu, anda juga disarankan untuk tidak duduk terlalu lama. Sebaiknya, anda perlulah sesekali berdiri, berjalan atau melakukan senaman ringan bagi menregangkan badan. Bagi yang memandu, dinasihatkan untuk berhenti dalam selang masa yang tertentu.
2. Berdiri:
Semasa berdiri, sentiasa ingat untuk:
- Pandang ke hadapan. Jangan terlalu mendongak atau tunduk ke bawah.
- Berdiri tegak. Elakan daripada terlalu membongkok atau terlalu melengkung. (Rujuk gambar di bawah):
Elakan daripada terlalu membongkok (kiri) atau terlalu melengkung (kanan) |
- Buka bahu anda dan rileks.
- Jaga bukaan kaki anda. Bagi wanita, kaki hendaklah rapat. Tumit dirapatkan dan bahagian hadapan kaki dibuka, seolah-olah membentuk V jika dilihat dari atas. Bagi lelaki pula, kedua-dua kaki dibuka tetapi tidak melebihi paras bahu.
- Seimbangkan beban badan kepada kedua-dua belah kaki secara sama rata.
3. Angkat barang:
Cara yang betul adalah dengan bengkokkan kaki anda semasa anda tunduk untuk menggangkat barang. Pastikan belakang anda tegak. Bawa beban rapat pada tubuh anda. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat. Angkat menggunakan daya tolakan dari peha dan kaki anda.
Elakan dari angkat barang dengan posture begini. Anda akan lebih mudah untuk dapat sakit belakang dengan cara begini. |
Baiklah, sampai disini sahaja buat masa ini. InsyaAllah, jika ada kesempatan, saya akan kongsikan lebih banyak tips dan cara untuk kita mengelakan & merawat sakit belakang. Saya harap artikel ini dapat membantu anda bekerja dengan posture yang betul dan menghindarkan dari sakit belakang.
Terima kasih. :)
0 comments