Slip Disc Bahagian 1 - Pengenalan II.

4:00:00 AM


Di antara 5 tulang lumbar vertebra kita terdapat disk (Rujuk Gambar 1). Disk ini merupakan satu fibrous yang kuat, yang boleh menyerap tekanan dari badan kita.

Gambar 1

Dan setiap disk terdiri daripada lapisan luar (annulus fibrosus) yang menyeliputi bahan seperti gel yang di panggil nucleus pulposus.

Slip disc terjadi apabila annulus fibrosus yang menyeliputi gel nucleus pulposus ini pecah atak retak, yang membolehkan gel ini terkeluar.

Apabila gel ini pecah keluar, ia akan memberi tekanan kepada saraf tunjang kita.

Di sepanjang tulang belakang kita terdapat saraf yang bercabang keluar dari saraf tunjang yang pergi ke seluruh badan untuk membantu kita merasa dan bergerak.

Gambar 2

Terdapat saraf yang bercabang keluar melalui laluan yang kecil antara tulang belakang dan disk kita. Jadi, bila gel nucleus pulposus ini pecah keluar, ia boleh menekan saraf tersebut. (Rujuk Gambar 2)

Inilah yang membuatkan kita rasa sakit seperti yang terdapat dalam simptom-simptom slip disc.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts