Ada pelbagai kaedah fizikal terapi. Antaranya adalah:
3. Hidroterapi:
Contoh pesakit yang sedang menjalani hidroterapi. |
Seperti namanya, hidroterapi adalah satu terapi yang melibatkan penggunaan air. Hidroterapi memerlukan anda untuk duduk di dalam kolam pusaran air atau air panas. Dengan perlahan-lahan terapi ini akan mengurangkan sakit dan merehatkan otot kita.
4: Stimulasi Eletrik dengan Mesin (TENS):
Elektrod di sepanjang tulang belakang untuk rawatan TENS. |
TENS adalah singkatan dari Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation, menggunakan arus eletrik untuk merangsang otot kita. Walaupon menggunakan arus eletrik, terapi ini sebenarnya tidaklah menyakitkan.
Elektrod yang dilekatkan pada kulit anda menghantar arus eletrik yang kecil kepada key points dalam laluan saraf. TENS mengurangkan kekejangan otot dan dipercayai dapat membantu badan untuk merangsang pengeluaran endorfin, iaitu pain killer semulajadi dari badan kita.